awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan iklan guna nama, gambar bekas Mufti Selangor palsu

Bernama
Bernama
04/09/2023
02:45 MYT
Polis sahkan iklan guna nama, gambar bekas Mufti Selangor palsu
Datuk Hussein Omar Khan (gambar) mengesahkan pihak polis menerima laporan berkaitan iklan tersebut daripada Mohd Tamyes yang merupakan pengadu pada 9.43 malam tadi (3 Sept). - Gambar fail BERNAMA
SHAH ALAM: Polis Selangor mengesahkan iklan pelaburan yang menggunakan nama bekas Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid adalah palsu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berikutan pihaknya menerima laporan berkaitan iklan tersebut daripada Mohd Tamyes yang merupakan pengadu pada 9.43 malam tadi (3 Sept).
Beliau (Mohd Tamyes) membuat laporan polis dan menafikan pembabitannya dalam iklan yang dipaparkan di laman sosial Facebook atas nama 'Investor City'.
"Iklan tersebut adalah palsu dan tiada kaitan dengan Mohd Tamyes manakala laporan polis yang diterima dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk siasatan terperinci," katanya dalam kenyataan.
Selain itu, Hussein turut menasihatkan orang ramai agar tidak terperdaya serta terpengaruh dengan iklan dan tawaran di media sosial yang menggunakan identiti individu penting. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#iklan pelaburan palsu
#bekas Mufti Selangor
#Mohd Tamyes Abdul Wahid
#Ketua Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan