awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan penahanan bekas pembantu penyelidik ahli politik di KL

Pia Ernadya
Pia Ernadya
11/09/2024
11:28 MYT
Polis sahkan penahanan bekas pembantu penyelidik ahli politik di KL
Polis Kuala Lumpur mengesahkan penahanan seorang bekas pembantu penyelidik ahli politik di Jalan Bukit Kiara.
KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur mengesahkan penahanan seorang bekas pembantu penyelidik ahli politik di Jalan Bukit Kiara, selepas menemui dua pistol tiruan dan bahan dipercayai dadah dalam kenderaan dinaikinya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata individu berkenaan ditahan Jumaat lalu selepas pemeriksaan dilakukan ke atas kenderaannya menemui barang salah.
"Hasil pemeriksaan, polis menemui dua pistol tiruan dan satu ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja di dalam kenderaan suspek.
"Kes di siasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Permohonan reman dibenarkan selama enam hari sehingga esok. Polis memohon kerjasama orang ramai supaya menyalurkan maklumat tentang sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang," jelasnya menerusi kenyataan media pada Rabu.
Beliau berkata, polis memohon kerjasama orang ramai supaya menyalurkan maklumat tentang sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.
Terdahulu, media melaporkan bekas pembantu penyelidik itu ditahan pada Jumaat.
Perkara itu disahkan peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali pada Rabu.
Topic Berkaitan
#bekas pembantu penyelidik
#jumpa pistol tiruan
#jumpa dadah
#Polis Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan