awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan penemuan mayat dalam beg di rumah tidak berpenghuni

Bernama
Bernama
18/12/2025
11:09 MYT
Polis sahkan penemuan mayat dalam beg di rumah tidak berpenghuni
Menurut pihak polis, jantina serta identiti mangsa belum dapat dikenal pasti dan pihaknya masih menjalankan siasatan.
SEREMBAN: Polis mengesahkan penemuan satu mayat di dalam sebuah beg di sebuah rumah yang tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata bagaimanapun, jantina serta identiti mangsa belum dapat dikenal pasti dan pihaknya masih menjalankan siasatan.
"Mayat dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Terdahulu, anak kepada pemilik rumah berkenaan yang enggan dikenali ketika ditemui pemberita berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian terbabit oleh ibu saudaranya melalui panggilan telefon pada 4 pagi tadi.
Wanita berusia 30-an itu berkata ketika panggilan dibuat, dia sedang tidur dan terkejut kerana kediaman terbabit sudah ditinggalkan kira-kira dua tahun lepas dan kali terakhir dia ke rumah itu adalah pada 4 Dis lepas.
"Ibu saudara maklumkan polis meminta kebenaran untuk membuat pemeriksaan ke kawasan rumah arwah ibu. Saya tiba pada 9 pagi, polis sudah ramai dan kawasan itu tidak dibenarkan masuk.
"Saya cuma akan datang ke sini untuk tengok rumput belakang dan cadang mahu berkumpul dengan adik-beradik untuk kemas-kemas, tetapi ditangguhkan kerana cuaca kerap hujan," katanya yang tinggal di Chembong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penemuan mayat
#Mayat dalam beg
#polis
#siasatan
#rumah tidak berpenghuni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan