awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan rangka milik 'Hafiz'

Bernama
Bernama
04/07/2024
15:04 MYT
Polis sahkan rangka milik 'Hafiz'
Abd Halid Sugiman, menyatakan rasa bersyukur setelah menerima pengesahan keputusan DNA tersebut, selepas hampir sebulan mencari anak ketiganya itu. - Gambar fail/Sinar Harian
BATU PAHAT: Polis hari ini mengesahkan rangka manusia yang ditemukan dalam semak di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, di Jalan Yong Peng, dekat sini, pada 24 Jun, milik remaja yang dilaporkan hilang pada 26 Mei.
Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Shahrulanuar Mushaddat Abdullah berkata pengesahan rangka terbabit milik Hafiz Fauzan Abdul Halid, 16, berdasarkan keputusan analisa pemprofilan Asid Deoksiribonukleik (DNA), oleh Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor, hari ini.
Beliau berkata melalui profil DNA diperolehi daripada spesimen darah yang diambil untuk tujuan perbandingan mendapati kebarangkalian keibubapaan dengan rangka manusia yang ditemukan ialah 99.99 peratus.
"Identiti rangka manusia tersebut ialah Hafiz Fauzan Abdul Halid, lelaki Melayu, berumur 16 tahun, pelajar tingkatan lima dan beralamat di Bandar Putera Indah Batu Pahat Johor, merupakan mangsa orang hilang yang dilaporkan sejak 26 Mei," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, bapanya Abd Halid Sugiman, 44, ketika dihubungi menyatakan rasa bersyukur setelah menerima pengesahan keputusan DNA tersebut, selepas hampir sebulan mencari anak ketiganya itu.
"Jenazah akan dituntut pada pagi esok (5 Jul) dan akan dikebumikan pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Batu 7, Tongkang Pechah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DNA
#analisa pemprofilan
#rangka manusia
#kebun durian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan