MALAYSIA
Polis sahkan terima laporan kehilangan warga UK Jordan Johnson-Doyle

Polis Brickfields mengesahkan menerima laporan kehilangan Jordan Michael John Johnson-Doyle, 25, warga UK, pada Isnin, selepas kali terakhir dilihat di sebuah bar di Bangsar pada Selasa lalu. -Gambar fail/Facebook @Leanne Burnett
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan telah menerima laporan berkenaan kehilangan seorang lelaki warga United Kingdom sejak Selasa lalu.
Ringkasan AI
- Polis Brickfields mengesahkan menerima laporan kehilangan Jordan Michael John Johnson-Doyle, 25, warga UK, pada Isnin, selepas kali terakhir dilihat di sebuah bar di Bangsar pada Selasa lalu.
- Dua saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan, dan orang ramai diminta tidak membuat spekulasi serta menyalurkan maklumat kepada pihak polis jika ada.
- Jordan, seorang jurutera perisian yang mengembara sambil bekerja secara jarak jauh, tiba di Malaysia pada 17 Mei dan menginap di Bukit Bintang; telefon bimbitnya kali terakhir dikesan pada Jumaat.
"Orang ramai juga dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi. Maklumat lain berkaitan kes jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999," ujarnya.
Sebelum ini, media melaporkan pengembara solo itu dikhuatiri hilang apabila gagal dikesan selepas berkunjung ke sebuah bar di Bangsar, di sini, Selasa lalu.
Portal Daily Mail melaporkan jurutera perisian Jordan Johnson Doyle, disedari hilang oleh keluarganya apabila telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi, malah akaun media sosialnya juga tidak aktif.
Menurut laporan, ibu lelaki itu mendakwa anaknya ada menghantar gambar bersama seorang rakan di sebuah bar di Bangsar kira-kira jam 8 malam, Selasa lalu.
Ibunya, Leanne Burnett dilaporkan berkata, mereka berhubung hampir setiap hari dan sentiasa mengakses 'Find My Iphone' anaknya untuk mengetahui lokasi.
Menurut wanita itu, telefon bimbit Jordan kali terakhir dapat dikesan pada Jumaat lalu iaitu tiga hari selepas kali terakhir dilihat.
Katanya, dia menghubungi rakan baik anaknya yang ada bersama pada Selasa lalu, dan lelaki itu memaklumkan kali terakhir berhubung dengan Jordan pada hari sama.
Difahamkan, Jordan melakukan pengembaraan di sekitar Mediterranean dan Asia Tenggara selama lebih setahun lalu, sambil bekerja secara jarak jauh dengan sebuah syarikat beroperasi di Amerika Syarikat.
Lelaki itu dikatakan tiba di Malaysia pada 17 Mei lalu selepas berkunjung ke Vietnam dan menginap di sebuah hotel di Bukit Bintang. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami