awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan tiada unsur jenayah susulan penemuan mayat terapung di Pulau Jarak

Sinar Harian
Sinar Harian
31/12/2021
21:15 MYT
Polis sahkan tiada unsur jenayah susulan penemuan mayat terapung di Pulau Jarak
Polis mengesahkan tiada unsur jenayah membabitkan kematian empat individu yang mayatnya ditemui terapung di kawasan Pulau Jarak, Pulau Pangkor, Khamis lepas.
IPOH: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah membabitkan kematian empat individu yang mayatnya ditemui terapung di kawasan Pulau Jarak, Pulau Pangkor, Khamis lepas.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, bedah siasat yang dijalankan ke atas semua mangsa iaitu tiga wanita dan seorang lelaki itu, mendapati tiada unsur jenayah setakat ini.
"Bedah siasat telah dijalankan pada pagi tadi (Jumaat) dan mendapati punca kematian adalah disebabkan uncertain due to decomposed body.
"Tiada sebarang unsur-unsur jenayah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, polis mengesyaki kesemua mayat tersebut adalah warga Indonesia berdasarkan pakaian dan keadaan mangsa yang tidak mempunyai kesan suntikan di lengan kanan dan kiri.
Katanya, tiga mayat wanita ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian manakala mayat lelaki hanya berbaju dan seluar dalam serta mempunyai lukisan bergambar di dada.
"Tiada dokumen pengenalan diri dijumpai. Anggaran umur juga tidak dapat dipastikan kerana keadaan tubuh badan mangsa yang dah mula mereput," katanya
"Mayat kini disimpan di bilik mayat Hospital Seri Manjung sementara menunggu untuk dituntut oleh waris sekiranya ada," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mayat terapung
#Pulau Jarak
#Mior Faridalathrash Wahid
#tiada unsur jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan