PETALING JAYA: Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan satu video tular berkait insiden sebuah Perodua Bezza dikejar kira-kira sembilan kereta Unit Peronda Polis (MPV).

Menurut polis, insiden itu yang berlaku dari Petaling Jaya sehingga ke Cyberjaya juga melibatkan penahanan suspek.

"Kita akan keluarkan kenyataan media berkaitan kes ini," katanya.

Difahamkan ketika kejadian kereta Perodua Bezza, dinaiki tiga lelaki dan seorang wanita, dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum polis yang membuat rondaan cuba menahan mereka.

Bagaimana suspek bertindak memecut kenderaan itu sebelum polis mengejar mereka.