awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
04/03/2025
07:20 MYT
Polis sahkan wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh
Mangsa yang merupakan wanita Jepun berusia 50-an itu ditemui meninggal dunia dalam keadaan meniarap di atas tanah oleh anggota polis peronda. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, dekat sini pagi Jumaat lalu adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Abdul Ridzuan Abdul Mutalib, 50, atau Ridzokumura.
Bagaimanapun, pihak polis memberitahu tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.
" Ya kami sahkan itu isterinya (Ridzokumura), bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan lagi dan ianya merupakan kes mati mengejut.
"Dalam siasatan ini kalau kita menemui sebarang saksi atau pun unsur jenayah kita akan maklumkan," katanya dalam sidang media di IPK Shah Alam Selangor di sini.
Dalam pada itu jelas Datuk Hussein, pihak polis turut memberitahu telah memaklumkan kepada keluarganya di Jepun mengenai punca kematian.
Terdahulu pihak polis menyatakan menjumpai mangsa berusia 50-an ditemui meninggal dunia dalam keadaan meniarap di atas tanah oleh anggota polis peronda yang ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan MERS 999.
Pemeriksaan awal pada tubuh mangsa mendapati tiada unsur kecederaan di badan mangsa.
Menurutnya, siasatan mendapati mangsa seorang suri rumah dan sudah menetap di Malaysia sejak kira-kira 14 tahun lalu.
Sebelum ini Ridzokumura mengesahkan isterinya usahawan Akiko Okumura meninggal dunia pada Jumaat. Berita duka itu disahkan sendiri oleh Ridzuan menerusi hantaran di media sosialnya beberapa hari lalu.
Topic Berkaitan
#wanita warga Jepun
#maut jatuh kondominium
#pempengaruh media sosial
#Ridzokimura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan