awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang kembali dilanda banjir, satu PPS dibuka di Raub
RM1 juta tidak lagi cukup untuk anda keluarkan duit KWSP selepas bersara
Mangsa kedua lemas di Pantai Sura Tengah ditemukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan wujud kegiatan jual 'vape' mengandungi dadah

Bernama
Bernama
02/11/2022
20:40 MYT
Polis sahkan wujud kegiatan jual 'vape' mengandungi dadah
Tindakan membanteras kegiatan itu telah dan sedang diambil PDRM. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan wujud aktiviti menjual cecair rokok elektronik (vape) yang mengandungi dadah secara terbuka.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata tindakan membanteras kegiatan itu telah dan sedang diambil PDRM.
Beliau berkata ia termasuk kejayaan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam bentuk cecair vape di sekitar Lembah Klang pada bulan lepas dengan sitaan dadah dan harta bernilai RM3.47 juta serta menahan tujuh suspek.
"PDRM serius dalam pembanterasan segala kegiatan melibatkan pengedaran dan penyalahgunaan dadah dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam apa jua kegiatan melibatkan bahan larangan ini," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Semalam, media tempatan melaporkan vape yang mengandungi dadah dijual secara berleluasa dalam talian dan dipasarkan secara terang-terangan kepada pengguna.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vape dadah
#PDRM
#ganja
#vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan