awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sedang buru beberapa lagi anggota kumpulan pengganas Sulu - KPN

Bernama
Bernama
27/06/2014
09:24 MYT
Polis sedang buru beberapa lagi anggota kumpulan pengganas Sulu - KPN
KHALID: Ia susulan tangkapan enam individu dalam operasi khas sekitar daerah Kunak di Sabah, Rabu lepas.
Polis sedang memburu beberapa lagi anggota kumpulan pengganas Sulu yang terbabit dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ia susulan tangkapan enam individu dalam operasi khas sekitar daerah Kunak di Sabah, Rabu lepas kerana disyaki menganggotai kumpulan terbabit.
"Enam orang yang kita tangkap di kawasan Kunak, Sabah itu kekal jumlahnya, walaupun ada lagi sasaran yang sedang kita buru. Saya percaya mereka (anggota kumpulan) tak akan lari ke mana dan hanya tunggu masa untuk diberkas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya berhubung dakwaan empat daripada enam yang ditahan itu terlepas daripada tahanan, selepas majlis penganugerahan Beret 69 Komando dan Sayap Kehormat di Markas Latihan Luar, Ladang Allagar, Sungai Nyior di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Salleh Mat Rasid, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
Berhubung dakwaan perintah berkurung dilaksanakan di Kunak ketika ini, Khalid menafikan perkara itu. Seorang anggota polis berpangkat koperal antara enam ditahan dalam operasi itu oleh Cawangan Khas Bukit Aman dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 124 (C) Kanun Keseksaan dan akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Pada Februari tahun lepas, sekumpulan pengganas bersenjata menceroboh Lahad Datu dan berlaku pertempuran yang mengorbankan nyawa 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia, iaitu lapan polis serta dua tentera.
Topic Berkaitan
#Khalid Abu Bakar
#Lahad Datu
#Sulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan