awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis selamatkan 21 bayi dari sindiket penjualan

Astro Awani
Astro Awani
22/02/2013
12:51 MYT
Polis selamatkan  21 bayi dari sindiket penjualan
Seramai 21 bayi yang menjadi mangsa sindiket penjualan bayi berjaya diselamatkan polis Pulau Pinang dalam serbuan besar-besaran di tujuh lokasi di seluruh negara malam tadi.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata serbuan menerusi Operasi Pintas Sayang 2 dilakukan serentak di Selangor, Johor, Perak, Pahang , Kuala Lumpur , Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Abdul Rahim berkata, serbuan serentak bermula jam 11 malam di tujuh lokasi itu, berjaya menemui semula 10 bayi lelaki dan 11 bayi perempuan yang berusia antara satu bulan hingga 9 tahun.
Dalam serbuan itu juga, polis turut menahan 43 individu termasuk rakyat Singapura dan Indonesia yang membeli bayi dan kanak-kanak itu.
Beliau juga memaklumkan, siasatan mendapati ada diantara bayi itu telah berjaya di bawa ke luar negara oleh sindiket berkenaan.
“Maklumat kita terima, selepas kita buat serbuan semalam, ada beberapa org bayi ini telah dibawa keluar dari Malaysia dan kami masih dalam siasatan.
Ujar Abdul Rahim, tangkapan dibuat susulan daripada Operasi Pintas Sayang 1 sebelum ini dan beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi bayi dan kanak-kanak akan diselamatkan selepas ini.
Kesemua bayi dan kanak-kanak itu dijual dengan harga RM18,000 hingga RM38,000 berdasarkan fizikal, rupa paras dan jantina.
Sehubungan itu, pihaknya akan berkerjasama dengan pihak Interpol bagi membantu mengesan bayi yang dibawa keluar dari negara ini.
Kesemua mereka yang ditahan berumur diantara 27 hingga 57 akan disiasat dibawah Seksyen 14 Akta Anti Pemerdangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
Disember lalu, polis telah menyelamatkan 10 bayi dan kanak-kanak yang menjadi mangsa sidiket terbabit, termasuk menahan 36 individu yang disyaki terlibat dalam sindiket penjualan bayi di utara tanah air.
Topic Berkaitan
#bayi
#Datuk Abdul Rahim Hanafi
#jualan
#polis
#pulau pinang
#sindeket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan