awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis selamatkan warga Palestin diculik, 18 individu ditahan

Bernama
Bernama
05/10/2022
08:42 MYT
Polis selamatkan warga Palestin diculik, 18 individu ditahan
Abu Kassim berkata mangsa yang berusia 31 tahun diselamatkan selepas pihaknya menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang, Beranang di Selangor dan Melaka. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis menyelamatkan seorang lelaki warga Palestin, sehari selepas diculik oleh individu yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire di Jalan Yap Kwan Seng, di sini pada 29 Sept lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata mangsa yang berusia 31 tahun diselamatkan selepas pihaknya menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang, Beranang di Selangor dan Melaka bermula 29 Sept hingga semalam.
"Kesemua 18 individu yang ditahan berusia antara 21 hingga 42 tahun disyaki berperanan menculik dan menyembunyikan mangsa.
"Siasatan mendapati mangsa masuk ke negara ini pada 21 Sept lepas sebagai pelancong dan dipercayai tinggal di Eropah," katanya kepada pemberita pada majlis pelupusan barang kes dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Azmi berkata siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif penculikan dan tidak menolak kemungkinan mangsa merupakan ahli perniagaan.
Beliau berkata pemeriksaan mendapati tujuh individu yang ditahan mempunyai rekod jenayah melibatkan kes penipuan dan empat daripadanya positif dadah jenis syabu.
Menurutnya kesemua individu yang ditahan kini direman sehingga 18 Okt dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961.
Terdahulu, Azmi pada sidang media tersebut berkata dadah jenis syabu antara dadah yang merekodkan rampasan serta tangkapan tertinggi di Kuala Lumpur menerusi statistik dicatatkan dari 2005 hingga 2021 dianggarkan bernilai RM10.85 juta.
Selain itu, beliau berkata pelupusan dadah turut melibatkan antaranya dadah jenis methapatamine, kanabis, air ketum dan ketamin membabitkan 2,894 kertas siasatan.
"Anggaran berat keseluruhan dadah yang dilupuskan adalah 224,638 gram dan 139,295 mililiter serta dianggarkan bernilai RM16.89 juta," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki Palestin diselamat
#diculik
#Toyota Vellfire putih
#Polis Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan