awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis selesai rakam keterangan pembantu pengurusan murid kasari kanak-kanak autistik

Bernama
Bernama
17/03/2025
11:00 MYT
Polis selesai rakam keterangan pembantu pengurusan murid kasari kanak-kanak autistik
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. - Foto tangkap layar/ TikTok @farhanmazlan77
KUALA LUMPUR: Polis selesai merakam keterangan pembantu pengurusan murid yang disyaki mengasari seorang kanak-kanak autistik di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya, Selangor baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata siasatan mendapati kejadian berpunca daripada murid yang mempunyai masalah autisme kelewatan pertuturan itu mengamuk ketika hendak masuk ke kelas selepas diminta membuka kasut.
"Ibu bapa murid berkenaan juga telah membawa anak mereka ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan namun didapati tiada sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Shahrulnizam berkata keterangan guru besar dan penolong kanan sekolah serta ibu bapa murid berkenaan juga telah dirakam bagi membantu siasatan.
Semalam, Shahrulnizam memaklumkan polis membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan selepas video memaparkan kejadian melibatkan kanak-kanak autistik berumur tujuh tahun itu dikesan dimuat naik di aplikasi TikTok, Sabtu lepas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vieo tular
#kanak-kanak autistik
#Autisme
#guru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan