awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis serah kertas siasatan kes dadah ADUN kepada PPN hari ini

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
25/01/2022
09:17 MYT
Polis serah kertas siasatan kes dadah ADUN kepada PPN hari ini
PDRM sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes ADUN Pasir Bedamar, Terence Naidu yang positif dadah kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Pulau Pinang hari ini.
GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia ( PDRM) sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu yang positif dadah kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Pulau Pinang hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kertas siasatan tersebut bagaimanapun dikembalikan kepada polis untuk beberapa tindakan susulan.
Mustafa Kamal berkata, kertas siasatan itu dihantar ke Pengarah PPN hari ini atas permintaan beliau.
Mengulas mengenai siasatan kes tersebut, beliau berkata, ia sudah lengkap namun pihaknya masih menunggu laporan daripada pakar patologi berikutan ia satu elemen penting dalam kes melibatkan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952"
Dalam pada itu, Mustafa Kamal berkata, pihaknya juga sedang menunggu laporan Patologi 35 suspek yang turut ditahan bersama ADUN terbabit pada hari kejadian.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Pada 14 Januari lepas, media melaporkan ADUN Perak ditahan Polis selepas positif dadah dalam serbuan di pusat Karaoke Keluarga di Perai, Pulau Pinang.
Wakil rakyat itu direman sehari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Serbuan polis dari Jabatan Integriti dan pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman itu menahan 48 individu ditahan dengan 36 daripadanya berkaitan kes narkotik manakala 12 lagi berkaitan kes jenayah.
Positif Dadah | ADUN Perak ditahan di pusat hiburan
Topic Berkaitan
#kes ADUN
#positif dadah
#ADUN Pasir Bedamar
#Terence Naidu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan