awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis serbu stor dan makmal haram, rampas dadah dianggar RM40 juta

Bernama
Bernama
18/03/2025
13:45 MYT
Polis serbu stor dan makmal haram, rampas dadah dianggar RM40 juta
Ahmad Dzaffir, menunjukkan dadah yang dirampas dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Polis merampas pelbagai dadah seberat 274.14 kilogram dianggar bernilai RM38.9 juta dalam serbuan di stor dan makmal pemprosesan haram di empat lokasi berasingan di sini Khamis lepas.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata antara dadah dirampas ialah 335.5 gram (g) ketamin, heroin (2,058 g), syabu (12,044 g), serbuk ekstasi (80,201 g), pil ekstasi (125,258 g), pil eramin 5 (39,242 g) dan ganja (15,00 g) yang dipercayai boleh digunakan 442,548 penagih.
Beliau berkata dalam serbuan itu, polis turut menyita sebuah kenderaan, wang tunai dan sejumlah barang kemas dianggar bernilai RM253,413.
"Serbuan dijalankan selepas polis bertindak daripada maklumat dan risikan sejak tiga bulan lepas di lokasi membabitkan Kawasan Industri Ringan Jalan Tun Dr Ismail, di sini serta tiga rumah yang dijadikan inap desa sekitar Taman Sri Rahang, Taman Bidara dan Taman Bukit Kaya.
"Dalam serbuan di Kawasan Industri Ringan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun dan merampas pelbagai dadah dianggar bernilai RM239,130," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan terhadap lelaki itu yang dipercayai berperanan sebagai penjaga kawasan di situ, polis menyerbu ketiga-tiga rumah terbabit yang dijadikan stor penyimpanan dadah.
Ahmad Dzaffir berkata dalam serbuan di Taman Sri Rahang, polis merampas pelbagai dadah dianggar berjumlah RM38.67 juta manakala di Taman Bidara beberapa barangan termasuk mesin pencetak pil turut dirampas.
"Di Taman Bukit Kaya, polis menemukan 96 tong plastik berisi serbuk dan cecair kimia disyaki bagi memproses dadah, enam guni serta plastik berisi serbuk kimia disyaki untuk menghasilkan dadah," katanya.
Beliau berkata sindiket itu dipercayai aktif sejak setahun lepas dengan membekalkan dadah berkenaan di sekitar di Lembah Klang dan Selatan tanah air.
Beliau berkata lelaki berkenaan direman hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ganja
#siasatan lanjut
#mesin pencetak pil
#Ketamin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan