awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat balai polis pasang Jalur Gemilang terbalik

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/09/2020
10:09 MYT
Polis siasat balai polis pasang Jalur Gemilang terbalik
Gambar bendera berkenaan yang dipasang terbalik di balai itu tular di media sosial sejak semalam dan mengundang kritikan banyak pihak. - Gambar media sosial
Polis melancarkan siasatan mengenai Jalur Gemilang yang dipasang terbalik di Balai Polis Simpang Lima, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, setakat ini pihaknya sudah mengambil keterangan daripada seorang anggota.
“Kita terima laporan daripada ketua polis balai berkenaan dan siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Gambar bendera berkenaan yang dipasang terbalik di balai itu tular di media sosial sejak semalam dan mengundang kritikan banyak pihak.
Mazuki berkata, insiden itu perlu dijadikan iktibar kepada pegawai dan anggota enam balai dalam pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian supaya tidak cuai ketika melaksanakan tugas.
“Jangan pandang remeh dan ambil mudah perkara-perkara seperti ini, kita kena tengok berkali-kali untuk pastikan bendera yang dipasang itu betul.
“Tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pihak tidak kira pegawai, anggota polis atau orang awam yang memasang bendera terbalik,” ujarnya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 1963.
Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya berhenti menularkan gambar tersebut.
Topic Berkaitan
#balai polis
#Jalur Gemilang
#kerian
#ketua polis
#media sosial
#parit buntar
#pasang
#Perak
#polis
#siasatan
#terbalik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan