awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ismanira tidak dibenar tangguh hukuman penjara lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan babitkan Amar Singh

Bernama
Bernama
12/08/2022
15:14 MYT
Polis siasat dakwaan babitkan Amar Singh
Media hari ini melaporkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, menafikan dakwaan teman wanitanya hadir ketika serbuan tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan bekas pegawai kanan polis membawa teman wanitanya, ketika serbuan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di kediaman milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Mei 2018.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya menerima laporan polis pada 3.02 petang hari ini, membabitkan kenyataan yang dimuat naik di sebuah portal berita serta di laman Youtube.
"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut apabila siasatan selesai," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Rampasan di rumah Najib: Bekas Pengarah JSJK Bukit Aman nafi dakwaan Raja Petra
Media hari ini melaporkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, menafikan dakwaan teman wanitanya hadir ketika serbuan tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amar Singh
#bekas pengarah JSJK Bukit Aman
#serbuan
#teman wanita
#1MDB
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan