KUALA LUMPUR: Semua yang dinyatakan itu fitnah, tidak benar sama sekali, tegas bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkaitan dakwaan yang dilemparkan penulis blog Raja Petra Kamaruddin berkaitan serbuan dan rampasan yang dijalankan di rumah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Mei 2018 lalu.
Amar berkata tuduhan yang dilemparkan Raja Petra yang mendakwa terdapat wanita awam yang hadir di lokasi serbuan dan mengambil beg yang dirampas polis adalah sama sekali tidak berasas.
"Ini tuduhan berunsur fitnah semata-mata, serbuan dan rampasan di rumah bekas Perdana Menteri itu adalah serbuan terbesar dalam sejarah pasukan polis.
"Rekod terperinci dibuat berhubung barangan yang dirampas polis dan tiada wanita awam berada di sana atau sebarang barang dikeluarkan oleh wanita sebagaimana dakwaan Raja Petra itu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, pegawai dan anggota terlibat dalam serbuan berkenaan terdiri daripada pelbagai jabatan berbeza dalam PDRM.
"Serbuan itu dijalankan bersama beberapa timbalan dan penolong pengarah jabatan serta kira-kira 70 pegawai dari pelbagai jabatan seperti JSJK, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Unit Tindakan Khas (UTK).
"Ia dilaksanakan bagi mengelakkan dakwaan palsu dibuat kelak," katanya.
Menurutnya, serbuan dijalankan dengan penuh tersusun sekali gus dakwaan ada konspirasi adalah tidak benar sama sekali.
"Keseluruhan proses serbuan diambil gambar dan dirakam video dari awal hingga akhir oleh oleh pasukan bebas dari Jabatan Siasatan Jenayah, gambar dan video ini masih dalam simpanan JSJ.
"Bangunan yang diserbu itu dilengkapi lebih 100 televisyen litar tertutup (CCTV) dan lebih 50 wartawan berkumpul di lobi yang merupakan satu-satunya pintu keluar ketika itu," katanya.
Tegasnya, adalah sesuatu yang mustahil sekiranya terdapat individu lain yang didakwa membawa keluar beg rampasan.
"Tidak mungkin orang awam dapat mengelak rakaman kamera dan video ini tanpa disedari sesiapa, melainkan orang ini mempunyai ‘ilmu ghaib’ dan tidak kelihatan.
"Bagi saya ini merupakan fitnah jahat yang sengaja dibuat sekali gus berniat mencalarkan imej PDRM," katanya.
Tambahnya, satu laporan polis akan dibuat berkaitan dakwaan yang dilakukan Raja Petra itu.
"Saya akan membuat laporan polis di Bukit Aman pada hari ini.
"Saya difahamkan beberapa pegawai kanan lain akan turut membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung dakwaan itu," katanya.
Ujar Amar, dakwaan yang mengatakan dirinya berhijrah ke Kanada adalah tidak benar sama sekali.
"Saya masih berada di sini, dan akan terus tinggal di negara ini sehingga saya mati," katanya.
Terdahulu, menerusi sidang media pada 27 June 2018, bekas Pengarah JSJK Bukit Aman memaklumkan jumlah keseluruhan nilai barangan dirampas di kediaman berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ialah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.
Katanya, sebanyak 12,000 barang kemas ditemui dalam 25 daripada 72 beg yang dirampas polis.
Antara barang kemas itu ialah cincin, berlian, gelang dan subang yang keseluruhannya dengan nilai pasaran kira-kira RM880 juta. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 12 2022
AMAR: "Ini tuduhan berunsur fitnah semata-mata, serbuan dan rampasan di rumah bekas Perdana Menteri itu adalah serbuan terbesar dalam sejarah pasukan polis." - Gambar fail/Astro AWANI
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Rampasan di rumah Najib: Bekas Pengarah JSJK Bukit Aman nafi dakwaan Raja Petra
Amar berkata tuduhan dilemparkan Raja Petra yang mendakwa terdapat wanita awam yang hadir di lokasi serbuan dan mengambil beg yang dirampas polis adalah sama sekali tidak berasas.
Polis sangkal dakwaan Justo, tidak pernah tanya soalan bodoh
Polis menyangkal dakwaan oleh Xavier Andre Justo, bahawa dia dipaksa membuat pengakuan terbuka bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang yang baik.
Billion Dollar Whale: Mungkin saya akan dipanggil berlakon babak serbuan di Pavilion - Amar Singh
Itulah maklum balas spontan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman ketika diajukan soalan mengenai buku Billion Dollar Whale yang bakal difilemkan.
Polis akan panggil semula Najib, Rosmah berhubung 1MDB
JSJK Bukit Aman akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung siasatan skandal kes 1MDB.
Isu tanah Felda: Tiada pendakwaan diteruskan
PDRM sahkan tiada pendakwaan diteruskan berhubung isu kontroversi pemilikan tanah Felda Kuala Lumpur Vertical City.
Nilai rampasan polis subjektif, harta adalah hadiah - Najib
Dalam temu bual eksklusif bersama portal berita Malaysiakini, Najib berkata penilaian tersebut subjektif kerana terdapat batu pada barang kemas yang dirampas itu sudah berusia kira-kira 20 tahun.
Kertas siasatan kes tukar milik tanah Felda dihantar ke DPP
Polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan pemindahan lot tanah projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) milik Felda kepada pejabat pendakwa raya.
Polis jawab isu makan coklat, minta makanan di rumah Najib
JSJK berkata jabatan itu akan menyiasat sebarang dakwaan salah laku oleh anggota polis, seperti yang didakwa bekas perdana menteri dan anggota keluarganya awal hari ini.
'Unprofessional cops will be dealt with seriously' - CCID chief
Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh says any cops who are found to be unprofessional during the search at Datuk Seri Najib Tun Razak's properties, will be dealt with seriously.
1MDB case: 72 pieces of luggage, 284 boxes containing bags, cash, jewellery seized
Said the Bukit Aman CCID chief, the items seized were solely done in relation to the investigation on the 1MDB scandal.