GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita mendakwa diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air ketika menginap di sebuah inap desa di Jelutong, seperti yang tular melalui media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.
Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati pengadu merupakan seorang wanita tempatan berusia 24 tahun telah mendaftar masuk ke inap desa terbabit bersama tiga rakannya pada 5 Feb lepas untuk bercuti.
"Pada 6 Feb kira-kira 8 malam, pengadu mendakwa telah terjumpa sebuah kamera yang disembunyikan di dalam bekas pewangi ketika menggunakan tandas di dalam bilik air.
"Pengadu kemudian terus mengeluarkan kamera itu dan membuat aduan mengenai perkara berkenaan kepada pihak pengurusan inap desa sebelum ke Balai Polis Jelutong untuk membuat laporan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Razlam, hantaran berhubung dakwaan itu dikesan dimuat naik menerusi aplikasi X oleh pemilik akaun "Isu Semasa Viral" semalam dan telah tular sehingga mendapat perhatian masyarakat umum.
Beliau berkata siasatan sedang dilakukan dari pelbagai sudut, namun pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang imej atau kandungan video dalam storan kamera terbabit.
Sehubungan dengan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes berkenaan sehingga boleh menjejaskan siasatan pihak polis.
Terdahulu, berdasarkan kandungan laporan yang dimuat naik, wanita itu mendakwa dia menyedari ada lubang kecil pada bekas pewangi ketika sedang mandi, lalu membuka bekas terbabit dan mendapati ada sebuah kamera di dalamnya.
Perkara itu kemudian diadu kepada pihak pengurusan dan seterusnya ke balai polis.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2024
Razlam berkata satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang. - Gambar fail/Bernama
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
Polis siasat dakwaan kamera tersembunyi di inap desa
Polis menerima laporan daripada seorang wanita mendakwa diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air ketika menginap di sebuah inap desa di Jelutong.