JOHOR BAHRU: Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang ketua polis balai melakukan kekerasan terhadap orang awam, seperti video yang tular menerusi media sosial hari ini.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya mengesan video berdurasi 37 saat itu menerusi laman X pada 3.11 petang tadi, yang turut memetik nama pegawai polis berkenaan berserta jawatannya.
"Pihak polis akan menyiasat perkara ini dengan terperinci dan menggesa orang awam atau saksi tampil membuat laporan jika mempunyai sebarang maklumat bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya.
Terdahulu, video berkenaan memaparkan seorang lelaki yang didakwa merupakan ketua polis balai, menengking dan menampar berulang kali serta menarik rambut seorang lelaki di tempat awam yang tidak dinyatakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024
Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang ketua polis balai melakukan kekerasan terhadap orang awam, seperti video yang tular menerusi media sosial hari ini. - Gambar hiasan/PDRM
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Ketua polis balai didakwa kasari orang awam dipindah ke jabatan lain
Seorang Ketua Polis Balai yang didakwa melakukan kekerasan terhadap orang awam baru-baru ini telah dipindahkan ke jabatan lain.
Polis siasat dakwaan ketua polis balai kasari orang awam
Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang ketua polis balai melakukan kekerasan terhadap orang awam, seperti video yang tular menerusi media sosial hari ini.
Siasatan kes ketua polis balai, anggota larikan lelaki dirujuk ke Bukit Aman
Kertas siasatan membabitkan seorang Ketua Polis Balai dan empat anggotanya melarikan seorang lelaki di Desa Petaling pada 24 September lalu akan dirujuk ke Bukit Aman.