awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM bukan peperiksaan berisiko tinggi, bantu tingkat pencapaian murid - Fadhlina
Selepas 4 dekad, Fauziah Latiff bakal ubati kerinduan peminat dengan konsert solo
[KOLUMNIS] Dasar Industri Pertahanan Perkasa Kedaulatan Negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan pelajar UK hilang dilihat di Kuala Lumpur

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
11/08/2025
08:48 MYT
Polis siasat dakwaan pelajar UK hilang dilihat di Kuala Lumpur
David Balisong dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas dipercayai menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada Jun lalu tanpa pengetahuan keluarga. - Gambar fail
SEPANG : Polis Selangor sedang menyiasat maklumat orang awam yang mendakwa melihat kelibat seorang pelajar warga United Kingdom (UK) yang dilaporkan hilang baru-baru ini, di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur.

Ringkasan AI
  • Polis Selangor sedang menyiasat maklumat orang awam yang mendakwa melihat kelibat David Balisong di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, namun pelajar itu belum dapat dikesan.
  • Balisong, 17 tahun, dilaporkan hilang selepas berlepas seorang diri dari Manchester ke Kuala Lumpur pada Jun lalu tanpa pengetahuan keluarga, dan diberikan visa 90 hari sebaik tiba di Malaysia.
  • Polis terus memantau dan menyiasat semua maklumat yang diterima bagi memastikan keselamatan pelajar tersebut, termasuk pengesahan saksi yang menyatakan wajah individu dilihat menyerupai Balisong.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, berdasarkan siasatan awal, saksi yang ditemui pihaknya mengesahkan wajah individu berkenaan menyerupai pelajar tersebut.
“Bagaimanapun, apabila pasukan penyiasat pergi ke lokasi yang dimaksudkan, pelajar itu tidak dapat dikesan.
“Kami masih menjalankan siasatan di lapangan untuk mengesan keberadaannya,” katanya dalam sidang media hari ini.
Sehubungan itu, beliau menegaskan polis akan terus memantau dan menyiasat semua maklumat yang diterima bagi memastikan keselamatan pelajar terbabit.
Pada 9 Julai lalu, media melaporkan, seorang remaja Britain berusia 17 tahun dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas dipercayai menaiki penerbangan dari negara itu ke Kuala Lumpur pada Jun lalu tanpa pengetahuan keluarga.
David Balisong, remaja lelaki dari Cheadle, Greater Manchester, memberitahu adiknya dia akan keluar awal untuk ke sekolah disebabkan sedang menduduki peperiksaan GCE Peringkat A, pada 6 Jun lalu.
Kehilangannya hanya disedari selepas Balisong tidak pulang ke rumah sebelum keluarganya menyedari berlaku sesuatu yang mencurigakan atas kehilangannya.
Sehari selepas kehilangannya, pihak Polis UK mengesahkan Balisong berlepas seorang diri dari Lapangan Terbang Manchester dan diberikan visa selama 90 hari sebaik tiba di Malaysia.
Topic Berkaitan
#pelajar hilang
#Britain
#United Kingdom
#David Balisong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan