awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dua remaja lakukan aksi 'wheelie' dan 'scorpian'

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
04/05/2022
22:00 MYT
Polis siasat dua remaja lakukan aksi 'wheelie' dan 'scorpian'
Polis mengesan aksi berbahaya dilakukan dua remaja terbabit selepas menerima laporan daripada seorang pemilik akaun Intagram.
KULIM: Polis menahan dua remaja selepas meneliti rakaman video melakukan aksi 'wheelie' serta 'scorpion' ketika menunggang motosikal.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah Superintendan Mohd Mahiri Hussain berkata, pihaknya mengesan aksi berbahaya dilakukan dua remaja terbabit selepas menerima laporan daripada seorang pemilik akaun Intagram dalam satu rakaman video berdurasi 22 saat.
“Susulan itu anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim membuat semakan melalui nombor pendaftaran motosikal dan berjaya menjejaki dua remaja berkenaan.
“Kedua-dua remaja lelaki berusia 18 dan 16 tahun ditahan di rumah masing-masing di Keda Nagalilit dan Kampung Sungai Seluang Bawah, dekat Kulim pada petang Rabu.
“Remaja berusia 18 tahun bekerja sebagai buruh manakala seorang lagi merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah Kulim,” katanya menerusi kenyataan semalam.
Jelas Mohd Mahiri, kedua-dua remaja terbabit mengaku melakukan aksi berbahaya itu.
Kedua-dua remaja terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#motosikal
#remaja
#aksi berbahaya
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan