SHAH ALAM : Tindakan sebuah helikopter mendarat di kawasan lapang berhampiran taman perumahan berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11 di sini mencetuskan suasana gempar dalam kejadian pada 17 April lalu.
Video kejadian yang dirakam penduduk sekitar kawasan itu mendapati helikopter terbabit telah mendarat untuk menghantar seorang pelajar sekolah daripada sebuah sekolah swasta di Setia Eco Park dekat sini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit setelah menerima makluman berkaitan kejadian menerusi video tular.
"Siasatan mendapati helikopter berkenaan telah mendarat lebih kurang 15 minit pada sekitar jam 8 pagi di kawasan tanah lapang berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11 Shah Alam.
"Satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam IPD Shah Alam untuk tindakan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai Refer Other Agency (ROA) dan akan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk tindakan selanjutnya.
Pada Selasa, tular video di media sosial memaparkan sebuah helikopter yang mendarat di kawasan lapang berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11 Shah Alam dekat sini.
Video tersebut rata-ratanya menimbulkan perasaan kurang senang netizen yang mempertikaikan kejadian tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 13 2023
Video kejadian yang dirakam penduduk sekitar kawasan itu mendapati helikopter terbabit telah mendarat untuk menghantar seorang pelajar sekolah daripada sebuah sekolah swasta di Setia Eco Park. - Gambar/ Sinar Harian
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Polis siasat helikopter mendarat hantar pelajar ke sekolah
Tindakan sebuah helikopter mendarat di kawasan lapang berhampiran taman perumahan berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11 mencetuskan suasana gempar.