awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat insiden penunggang motosikal memarahi pemandu kereta di lorong kecemasan

Bernama
Bernama
17/09/2022
14:13 MYT
Polis siasat insiden penunggang motosikal memarahi pemandu kereta di lorong kecemasan
Polis sedang menyiasat insiden sekumpulan penunggang motosikal memarahi pemandu sebuah kereta di lorong kecemasan KM 370 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Sungkai semalam yang tular di laman sosial. - Foto Sinar Harian
IPOH: Polis sedang menyiasat insiden sekumpulan penunggang motosikal memarahi pemandu sebuah kereta di lorong kecemasan KM 370 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Sungkai semalam yang tular di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Muallim Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu dan siasatan mendapati pemandu kenderaan utiliti sukan jenis Mazda berumur 34 tahun dari arah Kuala Lumpur menuju ke Ipoh memberhentikan kereta di lorong kecemasan kerana isterinya yang hamil ingin muntah.
"Setelah selesai, pemandu kereta itu bergerak semula di laluan kecemasan dan secara tiba-tiba, sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard dari lorong kiri memasuki lorong kecemasan menyebabkan beliau terperanjat lalu membrek secara mengejut.
"Pada masa sama, sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang melalui lorong itu sempat membrek tetapi dilanggar sebuah lagi motosikal jenis Honda RS150R dan terus terlanggar kereta berkenaan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata selepas itu, sebuah lagi motosikal jenis Benelli RFS150 dari arah belakang melanggar Honda RS150R dan akibatnya, penunggang motosikal terbabit berasa berang serta marah kepada pemandu kereta SUV Mazda yang menggunakan lorong kecemasan tersebut.
Mohd Hasni berkata kesemua penunggang motosikal cedera ringan dan telah menerima rawatan manakala kereta serta motosikal terbabit hanya mengalami kerosakan kecil dan siasatan lanjut sedang diteruskan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59).
Orang ramai dinasihat agar tidak menularkan video berdurasi seminit 11 saat itu sehingga menimbulkan spekulasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal
#lorong kecemasan
#Lebuhraya PLUS
#Lebuhraya Utara Selatan
#Sungkai
#Polis Daerah Muallim
#Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan