awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat insiden provokasi ketika majlis anjuran MUDA di Muar

Bernama
Bernama
23/10/2022
03:54 MYT
Polis siasat insiden provokasi ketika majlis anjuran MUDA di Muar
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat yang tidak berasas melalui mana-mana platform komunikasi atau media sosial berhubung kejadian itu. - Foto fail/Astro AWANI
MUAR: Polis sedang menyiasat insiden provokasi yang berlaku ketika Majlis Malam Mesra Muo anjuran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang diadakan di sebuah dewan restoran di Jalan Bakri di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz dalam kenyataan hari ini berkata siasatan terhadap insiden pada kira-kira jam 9.35 malam itu dijalankan mengikuta Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
Beliau berkata kekecohan dipercayai bermula apabila tetamu di sebuah dewan keluar bersemuka dengan sekumpulan kira-kira 30 orang yang memakai pelitup muka sambil menjerit-jerit, yang kemudiannya membawa kepada insiden membaling botol serta mercun.
Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat yang tidak berasas melalui mana-mana platform komunikasi atau media sosial berhubung kejadian itu.
BACA: PRU15: Program MUDA diganggu serangan mercun
Sementara itu Ketua Penerangan MUDA Muar Muhammad Amir Fiqri Mustapha berkata pihaknya akan terus berkerjasama dengan polis untuk memberi keterangan, sekali gus mencari dalang provokasi berkenaan.
Pada 18 Okt lepas, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata pihaknya telah menerima lima laporan polis berhubung kekecohan dalam satu ceramah politik anjuran MUDA di Parit Jawa di sini pada 16 Okt lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#provokasi
#mercun
#Malaysia Memilih
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan