IPOH: Polis sedang menjalankan siasatan terhadap insiden cubaan samun oleh seorang lelaki di sebuah rumah sebagaimana yang dipaparkan dalam satu video di sebuah akaun TikTok.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan yang mengesahkan perkara itu berkata, kejadian berkenaan berlaku di sebuah rumah di Taman Tasek Indra di sini, pada pukul 6.40 petang, 5 Ogos lalu.
Katanya, siasatan lanjut ke atas kes berkenaan sedang dijalankan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun.
“Polis Daerah Ipoh ingin menyeru kepada mana-mana saksi yang telah menyaksikan kejadian tersebut supaya berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, ASP Fadli Ahmad di talian 019-2500019 untuk membantu siasatan lanjut pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sebelum itu, sebuah akaun TikTok pada Khamis telah memuat naik video pendek dipercayai daripada rakaman rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan cubaan samun oleh seorang lelaki di sebuah rumah.
Kapsyen pada video berdurasi 12 saat itu mendakwa kejadian berlaku di sebuah taman perumahan di Sungai Siput Utara.
Dalam video berkenaan memaparkan seorang lelaki memakai topi keledar dengan memegang dipercayai parang cuba untuk masuk ke sebuah rumah.
Walau bagaimanapun kehadiran lelaki itu disedari individu di dalam rumah berkenaan sebelum bertindak menutup pintu menyebabkan suspek pantas beredar.
Amirrul Rabbani
Thu Aug 11 2022
Rakaman CCTV berhubung kejadian cubaan samun oleh seorang lelaki dikongsi di akaun TikTok.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Wanita hamil enam bulan ditahan cubaan samun di kedai emas
Eksekutif berusia 35 tahun itu yang berjubah dan mengenakan pelitup muka pada awalnya berpura-pura mahu membeli barang emas.
Polis siasat kejadian cubaan samun di sebuah rumah
Rakaman CCTV berhubung kejadian cubaan samun itu dikongsi di akaun TikTok.
Wanita diserang selepas rakam aksi suspek cuba mengurat
Beh Eng Lai berkata, motif kejadian tersebut dipercayai akibat suspek berang kerana dirakam oleh mangsa ketika cuba mengurat mangsa dan rakannya.
Najib beri jaminan pembunuh wanita dibawa ke pengadilan
Datuk Seri Najib Tun Razak beri jaminan bahawa kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk mengesan dan memastikan penjenayah yang terlibat dalam pembunuhan wanita yang cuba disamun di Bukit Gasing.