awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kereta pengiring VIP rempuh kenderaan awam di Lebuhraya PLUS

Bernama
Bernama
17/11/2024
16:06 MYT
Polis siasat kereta pengiring VIP rempuh kenderaan awam di Lebuhraya PLUS
Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya telah menerima maklumat berhubung insiden berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kemalangan membabitkan kenderaan orang awam dengan kenderaan anggota polis yang dipercayai sedang mengiring orang kenamaan (VIP) di Kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Sabtu lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya telah menerima maklumat berhubung insiden berkenaan.
"Untuk makluman, maklumat kemalangan yang ditularkan adalah semasa petugas PDRM mengiringi orang kenamaan di Lebuhraya Utara-Selatan.
"Siasatan mendapati kemalangan berlaku pada 16 Nov di KM 259 Lebuhraya Utara-Selatan menghala selatan melibatkan dua kenderaan berdasarkan laporan diterima," katanya kepada Bernama pada Ahad.
Mohd Yusri berkata kes ini masih di bawah siasatan JSPT bagi mendapatkan maklumat lanjut.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan digalakkan memberi maklumat untuk melengkapkan siasatan," katanya.
Sebelum ini, tular di Tiktok sebuah video berdurasi satu minit empat saat yang memaparkan sebuah kenderaan petugas PDRM sedang mengiringi VIP merempuh kereta jenis Proton Saga.
Dalam rakaman itu, memaparkan kereta pengiring berkenaan disyaki memandu laju sewaktu hujan sebelum melanggar bahagian belakang Proton Saga berkenaan.
Hantaran terbabit mendapat lebih 69,000 tontonan serta 1,205 reaksi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#kemalangan
#pengiring VIP
#Lebuhraya PLUS
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan