MALAYSIA
Polis siasat kes pelajar jatuh dari tingkat tiga asrama di Sabak Bernam

Shazeli mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan tiga terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam. -Gambar fail/Sinar Harian
SHAH ALAM: Polis Selangor mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan tiga terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.
Ringkasan AI
- Polis Selangor menerima laporan pelajar tingkatan tiga terjatuh dari tingkat tiga asrama di Sabak Bernam.
- Mangsa, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, mengalami kecederaan serius termasuk pendarahan otak dan rahang patah.
- Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001, dengan fokus kepada keselamatan, pengurusan asrama dan latar sosial mangsa.
“Buat masa ini, polis sedang mengumpul keterangan daripada saksi-saksi dan individu yang berkaitan.
"Sebarang spekulasi berhubung punca kejadian, termasuk dakwaan wujudnya unsur buli, terlalu awal untuk disahkan.
“Polis Selangor komited untuk menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau turut menyeru orang ramai agar tidak membuat andaian atau menyebarkan spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau menjejaskan emosi keluarga mangsa.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar tingkatan tiga berada dalam keadaan kritikal selepas disyaki menjadi mangsa buli di asrama.
Bapa saudara mangsa Muhammad Aidil Mansor, 34, berkata anak saudaranya, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.
Menurutnya, keputusan imbasan CT scan mendapati anak saudaranya mengalami pendarahan pada bahagian kiri dan kanan otak, selain rahang patah, serta kecederaan pada paru-paru.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami