PORT DICKSON: Polis sedang menyiasat dakwaan berlakunya kes pukul melibatkan pelatih tentera darat sebuah kem tentera di sini, seperti yang tersebar di media sosial hari ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata hantaran berkenaan dikesan dimuat naik oleh pemilik Facebook Maya Rose kira-kira 3.10 petang.
"Polis telah menerima satu laporan berkaitan perkara tersebut pada 22 April kira-kira 8.23 malam dan siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 17 April kira-kira 10 pagi di sebuah kem latihan tentera di Port Dickson.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Pihak polis masih meneruskan siasatan untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau menasihati orang awam supaya tidak menularkan kes tersebut yang boleh mengganggu siasatan dan menimbulkan kekeliruan atau spekulasi negatif.
Katanya, perbuatan penyebaran tidak bertanggungjawab sedemikian adalah menjadi satu kesalahan mengikut seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata hantaran berkenaan dikesan dimuat naik oleh pemilik Facebook Maya Rose kira-kira 3.10 petang. - Gambar fail/BERNAMA
Pemimpin UMNO diingatkan jangan 'usik' rakan komponen Kerajaan Perpaduan
Pimpinan-pemimpun UMNO diingatkan agar tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen Kerajaan Perpaduan sehingga menimbulkan masalah.
Perdana Menteri tempat ke-15, 500 muslim paling berpengaruh di dunia
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai di tempat ke-15 dalam 500 muslim paling berpengaruh di dunia.
Sultanah Kelantan berkenan nama dipatenkan pada bunga orkid
Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra berkenan memilih nama baginda untuk dipatenkan sebagai nama bunga orkid iaitu Orkid Vandachostylis Sultanah Nur Diana Petra.
Banjir: Mangsa di Kedah, Perlis meningkat, negeri lain berkurangan
Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perlis merekodkan peningkatan petang ini berbanding pagi tadi manakala di Johor, Perak, Selangor, Melaka dan Pahang berkurangan.
Pembatalan belian minyak sawit oleh kilang India dianggap tindakan sementara - Johari
Keputusan kilang penapis India membatalkan pembelian kira-kira 100,000 tan minyak sawit sebagai respons terhadap kenaikan cukai import yang diputuskan kerajaannya.
AWANI Borneo [08/10/2024] - Akademi aeroangkasa dilancar | Elak kelewatan projek | Penstrukturan semula ekonomi
Tumpuan Awani Borneo 8 Oktober 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
1. Sarawak mula langkah jadi jaguh industri aeroangkasa di rantau Asia.
2. Tidak perlu tunggu geran tanah laksana projek Persekutuan - Hajiji
3. Belanjawan 2025: Perlu fokus pembangunan hiliran di Sabah dan Sarawak - penganalisis
1. Sarawak mula langkah jadi jaguh industri aeroangkasa di rantau Asia.
2. Tidak perlu tunggu geran tanah laksana projek Persekutuan - Hajiji
3. Belanjawan 2025: Perlu fokus pembangunan hiliran di Sabah dan Sarawak - penganalisis
Polis tumpas kegiatan proses, jual air ketum di Sungai Buloh
Polis menumpaskan kegiatan memproses dan menjual air ketum yang disyaki berselindung di sebalik sebuah syarikat landskap dalam serbuan di Sungai Buloh.
[TERKINI] Majlis Penutup Forum Khazanah Megatrends 2024
Turkiye bawa keluar rakyat dari Lubnan, hantar kapal tentera laut
Turkiye mengumumkan pada Selasa bahawa ia akan memindahkan rakyatnya dari Lubnan pada Rabu melalui laluan laut berikutan pengeboman Israel di negara itu yang semakin meningkat, lapor Xinhua.
Presiden Jokowi arah penjawat awam pindah ke Nusantara pada Januari 2025
Presiden Joko Widodo telah menyampaikan arahan untuk memulakan pemindahan penjawat awam ke ibu kota baharu Nusantara (IKN) di Kalimantan Timur pada Januari 2025.
Polis siasat kes pukul pelatih tentera di Port Dickson
Polis sedang menyiasat dakwaan berlakunya kes pukul melibatkan pelatih tentera darat sebuah kem tentera, seperti yang tersebar di media sosial hari ini.