awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam

Polis siasat kesahihan maklumat kumpulan lelaki berbaju merah di ibu negara

Bernama
Bernama
10/09/2015
16:33 MYT
Polis siasat kesahihan maklumat kumpulan lelaki berbaju merah di ibu negara
TAJUDDIN: Polis telah membuat siasatan selepas menerima maklumat berkenaan kumpulan itu.
Polis sedang menyiasat kesahihan penyebaran maklumat di media sosial berkenaan kewujudan sekumpulan lelaki berbaju merah yang dikatakan mengganggu ketenteraman awam di ibu negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata pihaknya telah membuat siasatan selepas menerima maklumat berkenaan kumpulan itu.
"Bagaimanapun kehadiran mereka masih belum dikesan dan tiada laporan polis yang diterima berhubung gangguan kumpulan berkenaan.
Polis mempercayai maklumat yang disebarkan itu hanya untuk menakut-nakutkan orang awam dan menganggu gugat keharmonian kaum serta ketenteraman awam," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau menasihatkan orang awam tidak mempercayai maklumat yang disebarkan itu dan meminta jika ada individu yang telah menjadi mangsa kumpulan berkenaan untuk tampil dan membuat laporan atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Beliau menegaskan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan yang cuba melakukan provokasi, bersikap rasisme atau tindakan yang melanggar undang-undang dan boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Topic Berkaitan
#kumpulan lelaki berbaju merah
#polis
#Tajuddin Md Isa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.