awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kumpulan berpakaian istiadat pasukan beruniform

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
04/01/2025
03:10 MYT
Polis siasat kumpulan berpakaian istiadat pasukan beruniform
Tangkap layar video tular yang memaparkan sekumpulan individu menghadiri majlis dengan memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform.
KUALA LUMPUR: Polis Selangor telah membuka kertas siasatan berhubung sekumpulan individu yang menghadiri majlis dengan memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, majlis itu tular di aplikasi TikTok.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan, Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM).
"Polis mengingatkan bahawa tindakan ini boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, yang mungkin menganggap perbuatan tersebut tidak melanggar undang-undang.
"Namun, ia jelas berpotensi mencetuskan pelanggaran terhadap peraturan negara," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau balai polis terdekat.
Topic Berkaitan
#pasukan beruniform
#pakaian istiadat
#majlis
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan