awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
31/01/2025
03:00 MYT
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Tangkap layar video tular memaparkan pelampung terjatuh dari gelongsor air kaca di Menara SkyCity, i-City. - Gambar Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tular melibatkan pelampung gelongsor air kaca yang tiba-tiba terjatuh dan menimpa seorang pengunjung di Sky City, Taman Tema I-City, Shah Alam, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima pada jam 1.08 pagi Jumaat selepas video berdurasi 13 saat tersebar di media sosial.
"Kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi ketika mangsa, seorang wanita Melayu berusia 20-an, bersama keluarganya berada di taman tema tersebut.
"Mangsa dikatakan sedang melintasi bahagian bawah permainan gelongsir air Sky City sebelum pelampung terjatuh dari penyangkut dan terkena bahagian sisi tubuhnya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
Menurut Mohd Iqbal, mangsa telah mendapatkan rawatan di sebuah poliklinik di Ken Rimba, Seksyen 16, Shah Alam dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa tidak mengalami kecederaan serius.
Sementara itu, beliau berkata, siasatan lanjut mendapati Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengeluarkan kompaun bertarikh 14 November 2024 kepada pihak pengurusan taman tema berkenaan atas kesalahan pembinaan tanpa kelulusan bertulis daripada MBSA.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen. Jika sabit kesalahan, pihak pengurusan boleh dikenakan denda maksimum RM25,000 atau penjara hingga tiga tahun," jelasnya.
Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain. Jika disabitkan, ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Nor Sabryna Mohammad Tahar di talian 014-5130450.
Topic Berkaitan
#Taman Tema I-City
#pelampung gelongsor air
#pengunjung I-City
#polis shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan