awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat sekumpulan lelaki bergaduh di Perai

Bernama
Bernama
10/08/2022
13:10 MYT
Polis siasat sekumpulan lelaki bergaduh di Perai
Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Taman Chai Leng Park, Perai, pada 7 Ogos lepas. - Foto Sinar Harian
BUTTERWORTH: Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Taman Chai Leng Park, Perai di sini, pada 7 Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Tan Cheng San berkata kejadian pergaduhan itu dipercayai berlaku pada kira-kira 3.30 pagi dan suspek dipercayai menggunakan beberapa objek sebagai senjata untuk menyerang satu antara sama lain.
"Hari ini, pihak polis telah mengesan empat video yang tular masing-masing berdurasi 8 saat hingga 23 saat di laman sosial Facebook memaparkan kejadian pergaduhan sekumpulan individu di hadapan sebuah restoran nasi kandar.
"Hasil semakan mendapati setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh kedua-dua pihak yang terlibat, siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek yang terlibat dan punca pergaduhan berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Insp Heng Boon Aun di talian 011-35235498 atau 04-5382222.
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pergaduhan
#Restoran Nasi Kandar
#Taman Chai Leng Park
#Perai
#Polis Daerah Seberang Perai Tengah
#video tular
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan