SEREMBAN: Polis akan mendapatkan butiran lanjut daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini hari ini mengenai syarikat jurusaji yang didakwa memperdaya sebuah keluarga bagi urusan pakej perkahwinan di Jempol seperti yang tular di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata pihaknya juga mengesan nombor akaun bank selain mendapatkan maklumat pemilik akaun menerusi portal Commercial Crime Intelligence System (CCIS) serta telco yang digunakan mereka.
"Kita rujuk SSM untuk dapatkan butiran pemilik perniagaan dan nombor akaun. Mangsa yang juga pengantin perempuan mengatakan tidak pernah berjumpa jurusaji dari Shah Alam, Selangor itu secara bersemuka dan semua urusan dilakukan secara dalam talian.
"Berdasarkan siasatan awal, wanita berusia 26 tahun itu didapati berurusan dengan syarikat tersebut pada 3 April lepas di Facebook, sebelum membuat pembayaran sebanyak tiga kali dengan keseluruhan berjumlah RM13,200 untuk pakej perkahwinan yang diadakan pada dua hari lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun, wanita itu tidak menerima keseluruhan pakej yang dijanjikan dan membuat laporan polis sebelum majlis perkahwinan berkenaan berlangsung bagi tindakan selanjutnya.
Hoo berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Semalam, media melaporkan sebuah keluarga mendakwa kerugian lebih RM13,000 akibat ditipu pihak jurusaji bagi pakej kenduri kahwin hingga menyebabkan mereka terpaksa memasak sendiri hidangan untuk kenduri berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023
Sebuah keluarga mendakwa kerugian lebih RM13,000 akibat ditipu pihak jurusaji bagi pakej kenduri kahwin hingga menyebabkan mereka terpaksa memasak sendiri hidangan untuk kenduri berkenaan. - Gambar fail/Sinar Harian
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Polis siasat syarikat jurusaji perdaya pakej perkahwinan
Polis akan mendapatkan butiran lanjut mengenai syarikat jurusaji yang didakwa memperdaya sebuah keluarga bagi urusan pakej perkahwinan.