MELAKA: Kerajaan negeri Melaka memohon Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membina tapak pelupusan khas sisa pepejal bagi sektor pembinaan dan komersial, perindustrian dan keinstitusian (ICI) di negeri itu dengan kadar segera.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, keperluan pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal bagi sektor ICI sangat mendesak kerana kira-kira 30 hingga 40 peratus daripada keseluruhan jumlah sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang setiap hari adalah sisa ICI.
"Saya telah berbincang dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkaitan tapak pelupusan ICI ini dan kita akan hantar satu permohonan rasmi untuk memohon pembinaan tapak pelupusan khas berkenaan.
"Ia kerana ketika ini, Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang yang beroperasi sekarang menjadi kawasan pelupusan bagi sisa domestik dan ICI sehingga tapak tersebut kini berada pada tahap kritikal," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) @ Komuniti MADANI Daerah Melaka Tengah di Surau Al-Falah, Taman Krobong Jaya yang disertai lebih 100 komuniti setempat kawasan itu.
Mengulas lanjut, Rais berkata, pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal ICI berkenaan akan dilaksanakan menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), namun cadangan lokasi dan anggaran kos masih belum dimuktamadkan.
Beliau berkata pembinaan tapak pelupusan khas berkenaan penting demi kesejahteraan rakyat serta pengurusan sisa pepejal yang lebih sistematik dan baik di negeri itu pada masa hadapan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan Melaka dan Unit Perancang Ekonomi Negeri akan memastikan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang menerima peruntukan terbesar berjumlah RM22.31 juta daripada KPKT dirancang dengan sebaik mungkin agar rakyat mendapat manfaat daripada pelaksanaannya.
"Saya akan mendapatkan maklumat terperinci kerana kebanyakan Program RMR berkenaan adalah projek baharu dan bukannya projek disambung... mungkin ia juga melibatkan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara," katanya.
Pada Sabtu, Nga dilaporkan telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM83.66 juta kepada Melaka untuk merealisasikan 17 projek yang berperanan penting dalam strategi pembangunan komuniti bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat pada program Sentuhan Kasih KPKT di negeri itu.
Beliau dipetik sebagai berkata, peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu adalah yang terbesar dalam sejarah Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) iaitu RM22.31 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024
![Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716153794_RaisYasin.jpg)
Rais hadir bagi merasmikan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) @ Komuniti MADANI Daerah Melaka Tengah di Surau Al-Falah, Taman Krobong Jaya, 19 Mei 2024. - Facebook/Rais Yasin
![Ederson nafi cemburu dengan rakan sepasukan di Manchester City Ederson nafi cemburu dengan rakan sepasukan di Manchester City](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722045153_tbManchesterCity.jpg)
Ederson nafi cemburu dengan rakan sepasukan di Manchester City
Ederson menjelaskan laporan yang diterbitkan oleh The Athletic adalah palsu sama sekali.
![Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722043717_Palestineathlete.jpg)
Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel
Serangan Israel juga telah menyebabkan kematian pemain terkemuka di Gaza, termasuk juara kejohanan.
AWANI Pagi: Tutup Haji 2024, menanti lambaian 2025
Ikuti diskusi Awani PAGI pada Sabtu bersama Ketua Rombongan Haji 1445h/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai operasi haji 2024 yang ditutup secara rasmi minggu ini, sekali gus menantikan lambaian Kaabah untuk tetamu Allah pada tahun 2025.
![Bordeaux fail muflis Bordeaux fail muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722043252_TBFCGirondins.jpg)
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
![Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722042268_tbmedanselera.jpg)
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716153794_RaisYasin.jpg)
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.