awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat video anak PM dakwa jadi mangsa buli jalan raya

Bernama
Bernama
20/01/2023
16:22 MYT
Polis siasat video anak PM dakwa jadi mangsa buli jalan raya
Nurul Ilham menerusi hantarannya dalam Twitter mendakwa menjadi mangsa buli pengguna jalan raya ketika memandu bersama anaknya yang berusia dua tahun.
KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan susulan anak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Ilham mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya di Kilometer 307 Lebuh Raya Utara Selatan menghala Seremban.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. Anbalagan berkata video kejadian berdurasi 14 saat itu dikongsi Nurul Ilham menerusi laman Twitternya yang tular hari ini, memaparkan sebuah kereta jenis Proton Iriz dipandu di lorong sebelah kanan dalam keadaan perlahan dan menekan brek beberapa kali di lorong sama.
Menurutnya, siasatan mendapati kejadian terbabit tidak melibatkan kemalangan dan kecederaan terhadap kedua-dua pihak.
"Kedua-dua pemandu (termasuk Nurul Ilham) akan dipanggil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN) 166/1959 kerana kesalahan memotong dan menghalang daripada memotong.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta untuk tampil ke balai polis trafik Serdang bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan malam ini.
BACA: Anak Perdana Menteri, Nurul Ilham jadi mangsa buli jalan raya
BACA: Buli jalanan: Polis gesa pemandu Iriz hijau tampil
Terdahulu, Nurul Ilham menerusi hantarannya dalam Twitter mendakwa menjadi mangsa buli pengguna jalan raya ketika memandu bersama anaknya yang berusia dua tahun.
Nurul Ilham mendakwa kejadian itu dikesan apabila dia menghampiri sebuah plaza tol dan pemandu kereta terbabit membunyikan hon ke arah kenderaannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak perdana menteri
#buli jalan raya
#Nurul Ilham
#hasil siasatan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan