Polis Sibu setakat ini menahan seramai 12 lelaki berhubung pembunuhan seorang ahli perniagaan di Jalan Wong King Huo di sini awal pagi Khamis lepas.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata, mereka termasuk dua lelaki yang ditahan reman lima hari sebelum ini.
Menurut beliau, suspek yang ditahan tersebut berusia dalam lingkungan 20-an dan polis sedang berusaha mengesan beberapa orang lagi yang masih bebas. Mereka kini sedang disiasat lebih lanjut.
"Bagi mereka yang terlibat dan melarikan diri, mereka tidak akan dapat melarikan diri daripada kita (polis), kita akan cari mereka, Sibu tidak besar, Sarawak juga tidak besar bagi polis, (negara) China kita boleh pergi dan kita boleh menyeberangi Lautan Cina Selatan juga," katanya pada sedang media semasa lawatan kerja ke IPD Sibu di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian tersebut seorang ahli perniagaan Clement Tan Teck Howe, 29 tahun yang sedang minum bersama-sama rakan-rakanya di sebuah kedai kopi di Jalan Wong King Huo, kira-kira 1 pagi telah didatangi dua lelaki masing-masing berusia 26 dan 22 tahun yang dikatakan dalam keadaan marah dan telah mengakibatkan pertengkaran antara mereka.
Pertengkaran tersebut terus mencetuskan pergaduhan sehingga menyebabkan mangsa dipukul sehingga pengsan dan kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan tetapi meninggal dunia kira-kira jam 5.22 pagi.
Mazlan berkata, pergaduhan tersebut berpunca daripada berlakunya pergeseran semasa perbualan antara dua pihak menggunakan aplikasi Wechat.
Ditanya sama ada rakaman litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian banyak membantu dalam siasatan polis, Mazlan berkata, "Sudah tentu, ini bukti nyata yang boleh kita gunakan dalam keterangan kita," jelasnya.
"Sebab itu saya kata kita tidak khuatir, tidak lama lagi kita akan dapat menahan suspek," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 23 2017
Polis Sibu sebelum ini meminta 11 individu tampil membantu siasatan lanjut berhubung kes pembunuhan seorang ahli perniagaan di kawasan kaki lima berhampiran premis pusat hiburan di Jalan Wong King Huo awal Khamis lalu. - Foto Bernama
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam
Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bunuh, rogol doktor: Sukarelawan polis dituduh di mahkamah India
Tuduhan dibuat minggu lalu, manakala Roy berkata, dia "tidak bersalah sama sekali" dan telah dikambing hitamkan.
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.
Baru 17 jam bebas, bekas banduan tikam lelaki gara-gara berang dimaki
Berang dimaki, Ade Dwy bertindak menikam dada mangsa dengan pemutar skru yang dipegangnya.
Polis tahan empat lelaki disyaki membunuh
Semua suspek ditahan secara berasingan selepas polis terima laporan pada 4.21 pagi Isnin daripada seorang wanita yang merupakan kakak ipar mangsa.
Kontraktor, anak saudara didakwa bunuh Sabari
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan ke atas Mazuan Hanafi, 38, dan Muhd Asyraf Idris, 26, selepas pertuduhan dibacakan.
Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei
Sebilangan besar wanita di Kampala menunjukkan solidariti terhadap kematian atlit maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei yang dibunuh teman lelakinya di Kenya pada Jumaat.
Angkara mulut, lelaki bunuh rakan sekerja
Kejadian bermula dengan pergaduhan mulut antara kedua-dua mereka.
Komander Jihad Islam maut dalam masjid Tebing Barat
Israel menyatakan bahawa mereka telah membunuh Muhhamad Jabber, yang dikenali sebagai Abu Shujaa.