Polis Subang Jaya giat kesan anggota dilaporkan hilang sejak Khamis

Mohd Fadhil Mohamed kali terakhir dilihat meninggalkan kediamannya pada 15 Okt dengan memandu kereta Proton Saga hitam. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang anggota yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan USJ 8, dekat sini pada Khamis lepas.
Ringkasan AI
- Seorang anggota polis, Mohd Fadhil Mohamed @ Ahadiah, 40 tahun, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di kuarters IPD Subang Jaya pada 15 Oktober lalu.
- Laporan kehilangan dibuat oleh ahli keluarga pada 16 Oktober selepas beliau gagal dikesan; kali terakhir dilihat memandu Proton Saga hitam bernombor pendaftaran WC8024K.
- Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada IPD Subang Jaya atau Sarjan Mohd Suhaimi Ibrahim bagi membantu siasatan kehilangan tersebut.
Beliau berkata Mohd Fadhil mempunyai ketinggian 167 sentimeter, berat 85 kilogram, berkulit sawo matang, berambut pendek serta bermata sepet.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan anggota berkenaan diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Subang Jaya di talian 03-78627222 / 03-78627100 atau Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Suhaimi Ibrahim di talian 019-8301476 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami