awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKR kenal pasti lebih 20 jalan Persekutuan di Kelantan perlu diselenggara
Serigala terlepas dari kandang di zoo Tokyo, pengunjung diminta berlindung
15 maut, 19 cedera bas penumpang jatuh gaung di Guatemala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sudah ambil kenyataan Mufti Pahang

Bernama
Bernama
01/07/2016
03:28 MYT
Polis sudah ambil kenyataan Mufti Pahang
SHARIFUDDIN: Keterangan beliau (Mufti Pahang) sudah diserahkan kepada Polis Pulau Pinang.
Polis negeri telah mengambil keterangan daripada Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkaitan istilah 'kafir harbi'.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata keterangan Abdul Rahman diambil di pejabatnya di sini semalam.
"Keterangan beliau (Mufti Pahang) sudah kami serahkan kepada Polis Pulau Pinang yang melakukan siasatan kerana laporan polis mengenainya dibuat di sana," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.
Sharifuddin berkata demikian semasa ditemui selepas majlis berbuka puasa dan moreh Zon C bersama ketua polis dan menteri besar Pahang sempena Ramadan di sini.
Berdasarkan laporan media baru-baru ini, Abdul Rahman dipetik sebagai berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang umat Islam.
Abdul Rahman bagaimanapun menjelaskan kenyataannya itu tidak merujuk kepada DAP, tetapi kepada sesiapa sahaja yang menentang Islam.
BACA: Kenyataan Mufti Pahang: Polis buka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan
BACA: Dr MAZA: Siapa kafir harbi?
BACA: Gelaran 'kafir harbi' keterlaluan - Ibrahim Ali
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Osman
#kafir Harbi
#Mufti Pahang
#Sharifuddin Ab Ghani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan