awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak jualan mercun

Bernama
Bernama
01/04/2025
07:21 MYT
Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak jualan mercun
Polis menahan 10 lelaki berumur 15 hingga 41 tahun yang terlibat dalam pergaduhan di tapak penjualan mercun di Sungai Ara, Bayan Lepas. -Gambar fail
GEORGE TOWN: Polis menahan 10 lelaki disyaki terlibat dalam insiden pergaduhan di tapak penjualan mercun di Sungai Ara, Bayan Lepas dekat sini malam tadi.

Ringkasan AI
  • Polis menahan 10 lelaki berumur 15 hingga 41 tahun yang terlibat dalam pergaduhan di tapak penjualan mercun di Sungai Ara, Bayan Lepas.
  • Pergaduhan berpunca daripada perselisihan tapak penjualan mercun antara dua premis.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, dan suspek direman tiga hari hingga 3 April.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata punca kejadian disebabkan perselisihan tapak penjualan mercun antara dua premis menjual mercun di kawasan terbabit.
"Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya bersama Balai Polis Bayan Lepas telah ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai kes pergaduhan itu kira-kira pukul 10.15 malam.
"Polis telah berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh yang singkat susulan tangkapan sebanyak 10 lelaki yang berumur antara 15 hingga 41 tahun dipercayai terbabit dalam insiden itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sazalee berkata kesemua suspek direman tiga hari hingga 3 April dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Sehubungan dengan itu, beliau juga menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Terdahulu, tular beberapa keping gambar dalam media sosial mengenai insiden pergaduhan yang melibatkan sekumpulan lelaki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tapak penjualan mercun
#Sungai Ara Bayan Lepas
#pergaduhan
#perselisihan tapak penjualan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan