awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
Sindiket dadah helium-MDMA ditumpaskan, empat ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 11 lelaki terlibat judi laga ayam

Bernama
Bernama
13/05/2023
13:11 MYT
Polis tahan 11 lelaki terlibat judi laga ayam
Zaizul Rizal berkata polis turut merampas wang tunai berjumlah RM6,806, dipercayai wang taruhan dan kelengkapan judi sabung ayam dalam serbuan yang dijalankan pada 11.15 malam itu. - Gambar Sinar Harian
KOTA BHARU: Polis menahan 11 lelaki berusia lingkungan 21 hingga 57 tahun dan merampas 13 ekor ayam yang digunakan dalam kegiatan judi sabung ayam di kawasan Tok Bali, Pasir Puteh, semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata polis turut merampas wang tunai berjumlah RM6,806, dipercayai wang taruhan dan kelengkapan judi sabung ayam dalam serbuan yang dijalankan pada 11.15 malam itu.
"Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi serbuan juga menjumpai satu tong ais yang mengandungi 10 botol cecair keperangan disyaki air ketum.
"Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh untuk siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian dan penyalahgunaan dadah serta terus menyalurkan maklumat mengenai perkara yang menyalahi undang-undang kepada pihak polis dengan segera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air ketum
#sabung ayam
#akta racun
#wang taruhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan