KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 152 individu menerusi Op Soga IX sejak 19 Nov lepas hingga semalam kerana disyaki terlibat dengan kegiatan judi bola sepak Piala Dunia Qatar 2022.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata dalam tempoh berkenaan pihaknya turut merampas pelbagai barang, antaranya nilai had kredit di dalam perisian berjumlah RM3,177,293.17, wang tunai RM113,140, komputer, telefon bimbit dan kertas-kertas catatan pertaruhan.
Beliau berkata Selangor merekodkan tangkapan terbanyak dengan 38 individu diikuti Johor (29), Pulau Pinang (18), Sarawak (15), Kedah (12), Negeri Sembilan (11) Kuala Lumpur (tujuh), masing-masing enam di Sabah dan Pahang, Melaka (empat), Perak (tiga), Kelantan (dua) dan Terengganu (satu).
"Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 4(1)(d) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Noorsiah berkata Op Soga IX akan dijalankan hingga 21 Dis ini dalam usaha menangani aktiviti perjudian.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan perjudian supaya menyalurkannya melalui hotline WhatsApp Op Soga IX dengan menelefon 016-5773477.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya turut merampas pelbagai barang, antaranya nilai had kredit di dalam perisian berjumlah RM3,177,293.17, wang tunai RM113,140, komputer, telefon bimbit dan kertas catatan pertaruhan.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pelabur dikatakan bimbang dengan inflasi yang sangat tinggi di Eropah dan ramai yang mengambil pendirian 'tunggu dan lihat'.

Disney umum buang 7,000 pekerja
SYARIKAT Walt Disney mengumumkan penstrukturan semula secara menyeluruh dengan memberhentikan 7,000 pekerja di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif, Bob Iger.

UEM Sunrise gagal muktamad pembelian tanah bernilai RM384 juta berhampiran KLCC
Nipponkey Sdn Bhd akan membayar balik deposit kepada Lucky Bright Star, termasuk sebarang faedah terakru, dalam tempoh 14 hari.

Gempa Turkiye: Saya masih trauma - Pelajar Malaysia
Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di Universiti Gaziantep berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen.

Tiada penyelewengan wang zakat MAINS - SPRM
Siasatan berhubung isu berkenaan telah selesai pada 2019 dan mendapati tidak menemukan jenayah rasuah.

Pantau Kerajaan Baharu | Impak Lawatan PM Ke Thailand

Jo Ghani desak Goldman Sachs segera bayar hutang 1MDB kepada kerajaan Malaysia
Perjanjian antara bank pelaburan AS dan kerajaan Muhyiddin menjangkakan Malaysia menerima jumlah itu dalam aset 1MDB menjelang 2025.

AWANI Ringkas: Menu Rahmah tidak libatkan perbelanjaan kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

14 maut trak menyeludup migran terbalik
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Ibu lapor polis guru dorong anak masuk Islam
Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini dan beberapa orang saksi telah dirakam percakapan.

Polis tahan 46 ejen 'bookie' judi Piala Dunia Qatar
Polis menahan 46 lelaki dipercayai ejen 'bookie' perjudian bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 dengan nilai had kredit taruhan mencecah RM6.317 juta menerusi Op Soga IX di seluruh Johor setakat semalam.

Polis Melaka tahan tujuh ejen pertaruhan Piala Dunia Qatar 2022
Polis Melaka menahan tujuh lelaki warga tempatan dipercayai ejen pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 menerusi Op Soga IX sejak 10 Nov lalu hingga semalam.

Polis tahan 152 disyaki terlibat judi bola sepak Piala Dunia dalam Op Soga IX
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 152 individu menerusi Op Soga IX sejak 19 Nov lepas hingga semalam kerana disyaki terlibat dengan kegiatan judi bola sepak Piala Dunia Qatar 2022.

51 individu diberkas, terlibat sindiket judi bola sepak Euro 2020 bernilai lebih RM19 juta
Bermula 10 Jun hingga Sabtu lalu, pihaknya telah melancarkan Op Soga VIII bagi membanteras sindiket pertaruhan judi bola sepak di negeri itu.