awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 36 individu dalam serbuan di Sungai Petani

Bernama
Bernama
15/06/2025
11:01 MYT
Polis tahan 36 individu dalam serbuan di Sungai Petani
Polis menahan 36 pendatang asing berumur 28 hingga 32 tahun yang dipercayai berada dalam negara secara tidak sah dalam serbuan di tiga premis sekitar kawasan Jalan Kampung Baru, awal pagi tadi. - Foto Sinar Harian
SUNGAI PETANI: Polis menahan 36 pendatang asing berumur 28 hingga 32 tahun yang dipercayai berada dalam negara secara tidak sah dalam serbuan di tiga premis sekitar kawasan Jalan Kampung Baru dekat sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata serbuan dari 2 hingga 5 pagi itu tertumpu kepada pusat hiburan disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran membabitkan warga asing, kedai runcit dan restoran.
Beliau berkata mereka terdiri daripada 15 lelaki dan 20 wanita warga Myanmar, serta seorang wanita warga India dipercayai pemilik premis.
"Kesemua mereka didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah selain disyaki menjalankan aktiviti menguruskan premis hiburan tanpa lesen," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hanyan berkata siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam, Seksyen 55B/6(3) Akta Imigresen 1959/1963, Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan.
"Polis turut merampas peralatan muzik, minuman keras dan rokok disyaki tidak dibayar cukai. Kesemua barangan ini dipercayai digunakan mereka semasa berhibur di dalam premis berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis tahan
#warga asing
#serbuan
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan