awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan aktivis bantah GST di Ibu Pejabat Kastam

Astro Awani
Astro Awani
23/03/2015
12:57 MYT
Polis tahan aktivis bantah GST di Ibu Pejabat Kastam
Pihak polis memberitahu sedang melakukan proses dokumentasi ke atas mereka yang ditahan dan satu sidang akhbar akan diadakan bagi menjelaskan insiden terbabit.
Polis bertindak menahan puluhan aktivis Gabungan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) susulan insiden penyerahan satu memorandum bantahan GST kepada Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya siang tadi.
Antara yang dilaporkan ditahan adalah Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan yang dalam twitnya memaklumkan kira-kira 70 orang telah ditahan.
around 70 people arrested for posting 106 questions to Kastam. the police storm into the peaceful sitting protesters
— Arul PSM (@arul_psm) March 23, 2015
Selain Arutchelvan, turut ditahan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin.
"Chegubard and Dr Hatta Ramli also arrested in Kelana Jaya #BantahGST pic.twitter.com/piwCkQlL5K"
— Kerabu Bersuara (@kerabubersuara) March 23, 2015
Penyerahan memorandum berkenaan kepada Kastam oleh kumpulan tersebut siang tadi turut kecoh selepas pertengkaran berlaku di antara pihak polis dan sekretariat Bantah GST.
Sebelum ini anggota SAMM berkata, memorandum itu merupakan usaha terakhir kerana bantahan rakyat untuk GST telah diabaikan oleh Putrajaya.
Sementara itu, sumber Polis mengesahkan penahanan terbabit, namun enggan mendedahkan jumlah mereka yang ditahan atau atas alasan apa mereka ditahan.
Polis menurutnya sedang melakukan proses dokumentasi ke atas mereka yang ditahan dan satu sidang akhbar akan diadakan bagi menjelaskan insiden terbabit.
Topic Berkaitan
#cukai barang dan perkhidmatan
#GST
#kastam
#PSM
#SAMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan