awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan buruh edar heroin hampir RM80,000

Bernama
Bernama
14/10/2022
03:58 MYT
Polis tahan buruh edar heroin hampir RM80,000
Razlam (tengah) menunjukkan rampasan dadah jenis heroin seberat 2.549 kilogram pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping hari ini. - Foto BERNAMA
TAIPING: Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas dadah bernilai RM76, 000 dalam serbuan sebuah rumah dekat Matang semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata lelaki berumur 51 tahun itu ditahan bersama dadah jenis heroin seberat 2.549 kilogram (kg) dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.
Beliau berkata tiga beg plastik memuatkan 59 paket lutsinar mengandungi serbuk keputihan disyaki dadah jenis heroin ditemukan dalam serbuan itu.
"Aktiviti pengedaran dadah ini dipercayai telah bergiat aktif sejak Februari lalu untuk pasaran tempatan dan pihak polis melakukan intipan selama dua minggu," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.
Beliau berkata jumlah dadah berkenaan boleh digunakan untuk kira-kira 2, 000 orang penagih dan siasatan mendapati suspek mendapatkan bekalan dari luar Perak dan pasaran dadah ini tertumpu di Kuala Sepetang dan Batu Kurau.
Razlam berkata suspek yang mempunai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah itu direman sehingga 17 Okt untuk disiasat Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dan polis turut menyita sebuah kereta dan wang tunai bernilai RM2,709.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buruh ditahan
#edar heroin
#Taiping
#edar dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan