awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua beradik, rampas pistol dan peluru

Bernama
Bernama
31/07/2025
12:45 MYT
Polis tahan dua beradik, rampas pistol dan peluru
Polis menahan dua lelaki selepas menemukan sepucuk revolver .38 Smith & Wesson bersama peluru hidup di sebuah rumah dua tingkat di Kampung Belakang Pasar, Bidor semalam. - Foto hiasan
Polis menahan dua lelaki selepas menemukan sepucuk revolver .38 Smith & Wesson bersama peluru hidup di sebuah rumah dua tingkat di Kampung Belakang Pasar, Bidor semalam
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Johari Yahya berkata polis bertindak ke rumah itu selepas menerima laporan orang awam yang terdengar bunyi letupan kira-kira 9.20 malam di lokasi itu.
"Selain itu, terdapat kesan serpihan selak peluru di ruang tamu bahagian atas dan bawah rumah dipercayai akibat daripada tembakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata adik-beradik berusia 45 dan 46 tahun itu didapati memiliki enam rekod jenayah serta empat rekod berkaitan narkotik.
Seorang daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine dan kedua-duanya kini direman hingga 6 Ogos ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39 akta sama.
"Polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nurfarah Idayu Mazlan melalui talian 05-4011222 untuk membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis tahan dua beradik
#rampas pistol
#Kampung Belakang Pasar
#Polis Daerah Tapah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan