KUALA LUMPUR: Polis menahan dua pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian kanak-kanak di sebuah taska di Semenyih, bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kedua-duanya yang berusia 22 tahun ditahan pada 29 Jan lepas, susulan polis menerima laporan daripada seorang wanita pada 27 Jan lepas yang menemukan kesan lebam pada dahi bayi perempuannya berusia 11 bulan semasa mengambilnya dari taska berkenaan, namun tidak pasti puncanya.
"Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup di taska itu mendapati mangsa (bayi perempuan) telah terjatuh dari kerusi bayi.
"Ibunya memaklumkan menerima mesej daripada individu tidak dikenali yang menghantar beberapa video memaparkan perbuatan disyaki penderaan dan pengabaian terhadap mangsa oleh pengasuh di taska itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa dihantar ke taska itu sejak Ogos 2023 manakala hasil pemeriksaan fizikal di Hospital Kajang mengesahkan mangsa mengalami kecederaan 'soft tissue injury over frontal' (kecederaan tisu lembut pada bahagian hadapan kepala).
Mohd Zaid berkata kedua-duanya yang negatif terhadap dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau telah diberi jamin setelah keterangan diambil.
Siasatan katanya dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Mohamad Faeez Norzah menerusi talian 013-2773 407.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2024
Mohd Zaid berkata kedua-duanya yang negatif terhadap dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau telah diberi jamin setelah keterangan diambil. - Gambar hiasan/Unsplash
Zii Jia kejutkan Antonsen untuk ke separuh akhir Malaysia Masters
Zii Jia yang memburu kejuaraan pertama di negara sendiri akan berdepan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong yang mengejutkan pilihan ketiga Li Shi Feng dari China 21-13, 21-15.
AWANI Borneo [24/05/2024] - SHMMP Kaamatan, Gawai | Hasil negeri 40 peratus | Banjir kilat
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 24 Mei 2024
Lapan barangan diletak dalam senarai SHMMP Gawai, Kaamatan
Sabah terima keputusan SLS dibenar teruskan semakan kehakiman
Banjir kilat: 56 pelajar asrama SK Siang-Siang Lawas diarah pulang
#AWANInews
#AWANIBorneo 24 Mei 2024
Lapan barangan diletak dalam senarai SHMMP Gawai, Kaamatan
Sabah terima keputusan SLS dibenar teruskan semakan kehakiman
Banjir kilat: 56 pelajar asrama SK Siang-Siang Lawas diarah pulang
#AWANInews
RM50 juta dilulus selenggara pavemen, bukan pavemen Sarawak
Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Sarawak bagi Kerja Penyelenggaraan Berkala Pavemen dan Berkala Bukan Pavemen di Jalan Persekutuan di seluruh negeri yang akan dikendalikan oleh kontraktor G1 hingga G4.
56 pelajar asrama SK Siang-Siang Lawas diarah pulang
Seramai 56 pelajar asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Siang-Siang, Lawas diarahkan balik ke rumah masing-masing apabila sekolah mereka dilanda banjir kilat, awal pagi Jumaat.
Harungi cabaran kewartawanan, berita baik akan diumum PM buat pengamal media
Bandar raya Kuching kini menjadi tumpuan kira-kira 1,000 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang mula berkumpul bagi sama-sama memeriahkan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 bermula esok
Tidak pernah goda atau punya hubungan dengan Ebit Lew - Saksi
Saksi kesembilan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu mahkamah dia tidak pernah menggoda atau mempunyai sebarang hubungan dengan pendakwah tersebut.
Kenyataan Tiong boleh undang perpecahan GPS - Abdul Karim
Naib Presiden PBB Datuk Seri abdul Karim Rahman Hamzah menyelar kenyataan Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakawa tiada lagi kerusi tradisi di Sarawak dalam politik era moden
Sabah terima keputusan SLS dibenar teruskan semakan kehakiman
Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof berkata, Kerajaan Negeri menarik balik semua hujahan yang dibuat di Mahkamah Rayuan mengenai isu "locus standi" SLS kerana isu ini tidak dibangkitkan atau dihujahkan di Mahkamah Tinggi oleh Kerajaan Sabah.
Bekalan beras mencukupi, bekalan terus dipantau
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan stok bekalan beras di Sabah dan Sarawak mencukupi menjelang Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
Anwar rai jasa Prof Izutsu, penterjemah al-Quran ke bahasa Jepun
Antara sumbangan Prof Toshihiko Izutsu yang luar biasa dan paling diingati ialah pencapaiannya menterjemah Al-Quran ke bahasa Jepun.
Polis tumpas 'Geng Vennu' terlibat kes pecah masuk premis perniagaan di Pahang
Polis menahan dua anggota kumpulan 'Geng Vennu' yang disyaki terlibat dalam beberapa kes pecah masuk premis perniagaan di Pahang.
Polis tahan dua pengasuh disyaki dera, abai kanak-kanak di taska
Polis menahan dua pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian kanak-kanak di sebuah taska di Semenyih, bulan lepas.
Penjenayah mati berbalas tembakan dengan polis
Suspek dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat IPK Pulau Pinang di kawasan Machang Bubok.
Pemandu bas kilang ditahan bantu siasatan kerosakan poster parti
Polis menahan seorang pemandu bas kilang hari ini bagi membantu siasatan kejadian poster sebuah parti politik yang telah dirosakkan menggunakan senjata tajam di kawasan Tampoi di sini.
Polis tahan pekerja taska dipercayai abai kanak-kanak setahun
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata wanita tempatan berumur 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang di sini pada 2.15 petang Selasa lepas.
Polis Shah Alam cekup dua geng curi motosikal
Kesemua yang ditahan didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk jenayah curi motosikal dan dadah, selain ada di antara mereka yang baru dibebaskan daripada penjara.
Polis tahan lima lelaki pukul, campak wanita ke bawah jambatan
Polis menahan lima lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat memukul dan mencederakan seorang wanita serta mencampakkan mangsa ke bawah Jambatan Kampung Sawah, Banting, kira-kira 30 kilometer dari
Lelaki miliki 15 rekod jenayah ditahan bersama lebih 60kg dadah
Seorang lelaki yang memiliki 15 rekod jenayah lampau ditahan kerana disyaki memiliki lebih 60 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah bernilai RM190,200 di sebuah rumah di Kampung Baru, semalam.
Polis tahan Long Tiger kes kurung bekas pekerja - Ayob Khan
Abdul Hamim Ab Hamid, 35, ditahan di Muar pada Isnin lalu pukul 9.45 malam.
Lelaki beri bayi minuman keras ditahan polis
Lelaki berusia 19 tahun itu yang juga bapa bayi berkenaan mempunyai 14 rekod jenayah lampau dan juga orang pengawasan polis (OPP).