awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua rakan disyaki terlibat aktiviti dadah

Bernama
Bernama
27/12/2024
15:30 MYT
Polis tahan dua rakan disyaki terlibat aktiviti dadah
Polis menahan dua individu tempatan dan merampas beberapa paket dadah keseluruhan bernilai RM18,194 menerusi operasi pencegahan jenayah di Taman Dusun Nyiur, awal pagi tadi. - Foto hiasan
SEREMBAN: Polis menahan dua individu tempatan dan merampas beberapa paket dadah keseluruhan bernilai RM18,194 menerusi operasi pencegahan jenayah di Taman Dusun Nyiur, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata suspek lelaki yang bekerja sebagai buruh, manakala rakan wanitanya tidak bekerja berusia dalam lingkungan 38 hingga 54 tahun itu, ditahan kira-kira pukul 1 pagi.
"Ketika pemeriksaan, polis menemukan 12 peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 151.15 gram (g), lapan peket plastik lutsinar dan satu bungkusan kertas putih berisi dadah jenis heroin seberat 96.84g, serta empat biji pil erimin 5.
"Selain itu, polis turut merampas dan menyita wang tunai berjumlah RM2,699," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata hasil ujian saringan awal air kencing mendapati, kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) peruntukan yang sama.
Mohamad Hatta berkata kedua-dua individu berkenaan kemudian direman selama enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut, dan polis kini sedang mengesan rakan mereka yang lain.
Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan dengan aktiviti pengedaran dadah atau penyalahgunaan dadah untuk menyalurkannya kepada polis dengan menghubungi talian 06-603 2222 atau WhatsApp di 012-606 2702.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis tahan
#aktiviti dadah
#Taman Dusun Nyiur
#Polis Daerah Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan