awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua wanita dipercayai jadi keldai akaun

Bernama
Bernama
18/11/2023
03:30 MYT
Polis tahan dua wanita dipercayai jadi keldai akaun
Polis berkata kedua-dua wanita itu direman bagi membantu siasatan, dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan mengenai kesalahan menipu.
BALIK PULAU: Polis menahan dua wanita yang dipercayai menjadi keldai akaun kepada dua sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM27,000 Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata dua wanita berusia 24 dan 44 tahun itu ditahan di Balai Polis Bayan Lepas, di sini selepas mereka hadir bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan.
Katanya siasatan awal mendapati wanita berusia 44 tahun itu menjadi keldai akaun sindiket penipuan membabitkan urusan pelaburan dalam talian yang tidak wujud melalui aplikasi telegram, manakala wanita kedua pula berkaitan penipuan urusan pinjaman wang secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM6,000.
Ketika dihubungi Bernama hari ini beliau berkata kedua-dua wanita itu direman bagi membantu siasatan, dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan mengenai kesalahan menipu.
Keldai akaun ialah individu yang menyerahkan kad ATM serta nombor pin kad itu kepada individu lain dan akaun itu pula digunakan bagi tujuan jenayah.
Sementara itu Kamarul Rizal berkata polis menyita empat motosikal mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, di samping mengeluarkan 34 keping saman kerana pelbagai kesalahan trafik dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan sekitar Bayan Lepas awal pagi ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keldai akaun
#Polis Bayan Lepas
#sindiket penipuan
#Kamarul Rizal Jenal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan