awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki berhubung mesej ugutan terhadap Menteri Pendidikan

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
04/11/2023
13:11 MYT
Polis tahan lelaki berhubung mesej ugutan terhadap Menteri Pendidikan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan terdapat empat laporan polis berhubung perkara sama telah dibuat setakat ini. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuat tangkapan melibatkan seorang lelaki tempatan yang didakwa mempunyai kaitan dengan hantaran berbaur ugutan terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam kenyataan pada Sabtu, lelaki berkenaan ditangkap pada Jumaat di Setapak, Kuala Lumpur.
"Permohonan reman dibawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah telah dibenarkan selama tiga hari.
"Setakat ini terdapat empat laporan polis diterima berhubung perkara yang sama," katanya.
Ujar beliau lagi, tangkapan itu dibuat selepas lelaki berusia 28 tahun berkenaan disyaki pemilik atau pengendali akaun laman media sosial 'X', @syahmisufi8.
Jelas Shuhaily, kes itu disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Kes masih di peringkat siasatan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
"PDRM turut mengingatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama melibatkan keselamatan dan kegentaran awam ketika menggunakan media sosial," tambah beliau dalam kenyataan sama.
Topic Berkaitan
#PDRM
#mesej berbaur ugutan
#Menteri Pendidikan
#jenayah siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan